Kajian: 1 dalam 7 tidak sedar dijangkiti HIV

Kajian: 1 dalam 7 tidak sedar dijangkiti HIV

STOCKHOLM, 29 Nov – Satu daripada tujuh orang yang dijangkiti HIV di Eropah tidak sedar mereka telah dijangkiti penyakit itu, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini ketika 2015 menandakan tahun yang mencatat rekod bagi kes baru HIV di rantau itu.

“HIV/AIDS terus menjadi masalah serius di Eropah….Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) menganggarkan bahawa seorang daripada tujuh orang hidup dengan HIV tidak menyedari dengan status mereka adalah sangat membimbangkan,” kata Pesuruhjaya Kesihatan EU, Vytenis Andriukaitis dalam laporan yang disiarkan menjelang Hari AIDS Sedunia pada Khamis.

“Orang yang tidak mengetahui bahawa mereka telah dijangkiti tidak mendapat rawatan untuk menyelamatkan nyawa mereka dan boleh memindahkan virus itu kepada yang lain,” tekannya.

Jumlah ECDC berdasarkan data dari 28 negara-negara EU, Iceland, Liechtenstein dan Norway.

Hampir separuh daripada kes itu di negara berkenaan – 47 peratus – telah didiagnosis para peringkat akhir jangkitan, kata ECDC, menganggarkan bahawa puratanya ia mengambil masa empat tahun sebelum jangkitan HIV, didiagnosis dan dilaporkan.

Seks antara lelaki kekal menjadi laporan utama jangkitan HIV di 31 buah negara, yang memperhitungkan 42 peratus daripada diagnosis itu.

Lelaki yang melakukan seks dengan lelaki adalah satu-satunya kumpulan yang dilihat satu penambahan tetap dalam jangkitan itu selama bertahun-tahun, menurut laporan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA