Kajian Simon-Kucher menampakkan kuasa

Kajian Simon-Kucher menampakkan kuasa

SINGAPURA, 19 Jan – Berikutan pembentukan komuniti ekonomi ASEAN (AEC) baru-baru ini, adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk mencari saluran baru bagi memaksimumkan keuntungan.

Pada masa ini, lima negara ASEAN (Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina) meninggalkan lebih daripada AS$9 bilion tanpa diterokai kerana mereka teragak-agak untuk melaksanakan kenaikan harga walaupun kecil.

Ini adalah hasil daripada Ujian Stres Penentuan Harga ASEAN 2016 yang dijalankan oleh Simon-Kucher & Partners.

Firma perundingan strategi dan pemasaran global itu menjalankan analisis ke atas kira-kira 1,200 syarikat tersenarai awam di rantau itu, dengan memberi tumpuan kepada industri pengguna dan runcit, pembuatan, minyak dan gas, pembinaan, dan industri kimia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA