Kajian temui Zika dalam otak anak damit

Kajian temui Zika dalam otak anak damit

RIO DE JANEIRO, 16 Feb – Para penyelidik Brazil hari ini mendapati Zika berada dalam otak anak damit yang mengidap mikrosefali yang menambah kepada meningkatnya bukti kaitan di antara virus bawaan nyamuk itu dan kecacatan kelahiran.

“Kami telah mengesan keberadaannya di dalam tisu otak,”Lucia Noronho, seorang patologi dari Persatuan patologi Brazil memberitahu AFP.

“Virus Zika telah menyebabkan kerosakan otak dan ini mengukuhkan bukti hubungan di antara Zika dan mikrosefali,” katanya.

Terdahulu, pasukan Noronha di Universiti PUC-Parana adalah yang pertama untuk menemui Zika di dalam cecair amniotik wanita hamil, meningkatkan kebimbangan ke atas kaitan di antara virus itu dan anak-anak damit mikrosefali, yang lahir dengan kerosakan otak dan keadaan kepala yang kecil.

“Kami menerima sampel-sampel tisu tak dari Yayasan Oswaldo Cruz. Ia sampel sama yang dihantar ke Amerika Syarikat, di mana para penyelidik di Pusat Kawalan Penyakit menemui keputusan yang sama: bahawa terdapat Zika di dalam otak janin,” katanya. – AFP

Gambar yang menunjukkan nyamuk pembawa utama virus Zika. – AFP
Gambar yang menunjukkan nyamuk pembawa utama virus Zika. – AFP