Kajian Universiti Tufts berat sebelah

Kajian Universiti Tufts berat sebelah

KUALA LUMPUR, 18 Jan – MIDF Research hari ini menyifatkan kajian Universiti Tufts yang mendakwa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) hanya menyebabkan kerugian dari segi pengangguran serta peningkatan aspek ketaksamaan, sebagai bersifat berat sebelah dan anti perdagangan.

Rencana bertarikh Januari 2016 disediakan oleh Jeronim Capaldo dan Alex Izurieta bersama Jomo Kwame Sundaram daripada Institut Pembangunan dan Alam Sekitar Global universiti berkenaan, menuding bahawa mana-mana perjanjian perdagangan bebas, termasuk TPPA, Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau, hanya mengundang impak negatif kepada ekonomi.

Rencana bertajuk ‘Trading Down: Unemployment, Inequality and Other Risks of the Trans-Pacific Partnership Agreement’ (Penyusutan Perdagangan: Pengangguran, Ketaksamaan dan Risiko Lain Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik), menggunakan Model Dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ada dua perkara yang boleh dipertikaikan dengan model (kajian). Pertama, ia merujuk pekerja sebagai statik (tidak bergerak) dan tidak cukup fleksibel untuk beralih antara sektor.

“Walaupun kita dapat melihat secara jelas bahagian kemerosotan pekerja dalam sektor pembuatan akibat (pelaksanaan kaedah) pengautomatikan menggantikan tenaga kerja, masih ada bukti ketara yang ia pada kesudahannya akan membawa kepada sektor perkhidmatan yang berpendapatan tinggi dan menyumbang kepada ekonomi secara keseluruhannya,” kata MIDF Research, dalam satu nota, hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA