Kaka menyengat di Montreal

Kaka menyengat di Montreal

LOS ANGELES, 8 Sept – Perebutan MLS selepas musim mempamerkan yang terbaik dalam perlawanan Orlando City FC membenam Montreal Impact 4-1 dalam persaingan play-off berat sebelah semalam.

Kaka menjaringkan dua gol dan Carlos Rivas satu dan dua asis bagi pasukan Orlando City yang mengekalkan harapan selepas musim dengan persembahan mantap di Stadium Saputo.

Mereka mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan teratas New York City FC dalam persaingan baru-baru mereka dan menewaskan Impact 2-1 dalam pertemuan terakhir mereka antara dua kelab dari Eastern Conference, 21 Mei lalu.

Brek Shea juga menjaringkan gol dan penjaga gol, Jack Bendik menyelamatkan empat percubaan Orlando. Mereka mampu mengekang dua pemain dinamik Impact, Didier Drogba dan Igancia Piatti.

Drogba berjaya meluru untuk membuka jaringan dua minit pada babak pertama ketika pasukan berbalas jaringan awal. Tetapi Shea mengikat kedudukan 1-1 dua minit kemudian dengan jaringan menerusi asis Rivas didepan 17, 400 penyokong.

Kaka meraikan gol semasa menentang Montreal Impact di Montreal kelmarin. – AP
Kaka meraikan gol semasa menentang Montreal Impact di Montreal kelmarin. – AP

Kaka memberikan pasukan Lions pendahuluan 2-1 pada waktu rehat, dengan gol pertama dari dua jaringannya mendapatkan asis dari Rivas. Pada minit ke-54 Kaka menyudahkan penalti yang memberikan Orland City pendahuluan 3-1. Rivas menambah jaringan dengan perlawanan berbaki 12 minit.

Orlando City memperbaiki kedudukan 7-7-13 untuk berada di tangga keenam dan tempat play-off terakhir dalam Eastern Conference. Ini adalah kemenangan kedua mereka musim ini. Impact jatuh kepada 9-8-10 untuk tangga kelima.

Dalam perlawanan lain malam semalam, Joao Plata menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua ketika Real Salt Lake terikat seri 3-3 menentang Los Angeles Galaxy. – AFP