Kaka pacu MLS All-Stars benam Spurs

Kaka pacu MLS All-Stars benam Spurs

DENVER, 30 Julai (AFP) – Bintang Brazil, Kaka menjaringkan satu gol dan memberikan umpanan untuk gol lain ketika pasukan Major League Soccer All-Star itu mengetepikan Tottenham 2-1 semalam dalam perlawanan persahabatan yang memperkenalkan pemain berbakat elit liga Amerika Utara.

Pasukan dari MLS itu menokok kepada 5-3 dalam All-Star Games menentang pasukan Liga Perdana Inggeris. Sejak skuad MLS mula menghadapi kelab–kelab Eropah dalam All-Star Game pada 2005, pasukan dari Amerika Utara berada pada 7-4 termasuk kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich tahun lepas.

“Kami beraksi dengan luar biasa,” kata Kaka. “Semua orang melihatnya dalam berita bahawa MLS menewaskan pasukan yang penting.”

Bekas pemain terbaik dunia FIFA itu yang beraksi untuk Orlando, membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-20 selepas tangan Nacer Chadli dilihat terkena bola.

All-Star sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-23 dengan kapten pasukan Kaka memberikan hantaran lintang kepada bekas bintang Sepanyol dan Barcelona, David Villa yang beraksi bagi New York City, untuk menyudahkan peluang gol.

Kaka (22) menyempurnakan tendangan penalti semasa menentang Hotspurs di Dick’s Sporting Good Park, Colorado semalam. – AFP
Kaka (22) menyempurnakan tendangan penalti semasa menentang Hotspurs di Dick’s Sporting Good Park, Colorado semalam. – AFP

Kaka dinamakan sebagai Pemain Paling Berharga All-Star, anugerah yang digelarnya ‘lebih dari apa yang diharapkannya’. “Saya gembira malam ini,” tambah Kaka. “Sungguh menarik Perlawanan All-Star pertama saya.”

Penyerang Tottenham Harry Kane, dinafikan sebanyak dua kali oleh penjaga gol MLS Nick Rimando apabila membuat rembatan jarak dekat, tetapi menjaringkan satu gol untuk Spurs dengan rembatan kencang pada minit ke-37, sehari selepas ulang tahunnya yang ke-22.

Kane, yang menjaringkan 31 gol dalam 57 perlawanan Tottenham musim lalu, menjaringkan gol selepas mendapat bola apabila pemain pertahanan MLS, Matt Besle terjatuh.

Penyerang England itu kemudian melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Real Salt Lake bagi merapatkan jurang dengan MLS 2-1 pada separuh masa pertama.

ARTIKEL YANG SAMA