Kaka sertai skuad Brazil

Kaka sertai skuad Brazil

BRAZIL, 27 Mei – Brazil telah memanggil Kaka sebagai satu tambahan akhir bagi kejohanan Copa America Centenario bulan depan di Amerika Syarikat.

Pemain midfield Orlando City itu akan menggantikan pemain Bayern Munich Doughlas Costa, yang telah dikeluarkan dari skuad Brazil akibat mengalami kecederaan di paha kiri.

Bekas pemain AC Milan dan Real Madrid itu telah sekian lama secara tetap dalam skuad Dunga tanpa mendapat masa permainan yang lebih lama.

Kaka kini merupakan kapten pasukan Orlando City, dan telah bermain di Amerika sejak 2015.

Pemain berusia 34 tahun telah sekian lama tidak bermain dalam masa penuh di peringkat antarabangsa sejak 2012, dan mempunyai 91 penampilan buat Brazil, menjaringkan 29 gol. Dia merupakan sebahagian daripada pasukan pemenang Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea di bawah Luiz Felipe Scolari.

Gambar fail - Kaka dipanggil bagi menyertai skuad Brazil bagi menggantikan Doughlas Costa yang mengalami kecederaan. – AFP
Gambar fail – Kaka dipanggil bagi menyertai skuad Brazil bagi menggantikan Doughlas Costa yang mengalami kecederaan. – AFP

Kaka telah bermain di Orlando City sejak 2015, selepas berpindah dari Sao Paulo, dan telah bermain 29 perlawanan di MLS musim lepas, menjaringkan 10 gol.

Dia adalah pemain kedua yang bakal dimasukkan ke dalam skuad disebabkan kecederaan, dengan pemain Benfica, Jonas menggantikan penyerang Ricardo Oliveira, yang juga dikeluarkan daripada skuad Brazil.

Brazil berada dalam Kumpulan B bersama Ecuador, Haiti dan Peru, dan akan berdepan Panama dalam perlawanan persahabatan pemanasan badan Ahad ini di Denver. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA