Kaki ayam bertaburan, tiga cedera nahas babitkan 11 kenderaan

Kaki ayam bertaburan, tiga cedera nahas babitkan 11 kenderaan

SUNGAI PETANI, 16 Dis (Bernama) – Kaki ayam bertaburan di atas jalan raya manakala tiga cedera ringan selepas lori muatan bungkusan kaki ayam terlibat dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Km92.4 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Mohd Zukir Md Isa berkata kemalangan pada kira-kira 6.30 pagi itu membabitkan empat lori, enam kereta dan sebuah motosikal.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori sarat dengan muatan bungkusan kaki ayam cuba memotong kenderaan lain tetapi terlanggar belakang sebuah lori menyebabkannya melanggar pembahagi jalan sebelum berhenti.

“Akibat pelanggaran itu, bungkusan kaki ayam jatuh berselerak di atas jalan, di kedua-kedua laluan bertentangan, menyebabkan beberapa kenderaan lain gagal mengelak dan melanggarnya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA