Kaki peluncur dibaham jerung

Kaki peluncur dibaham jerung

PERTH, Australia, 1 Jun – Seorang peluncur dalam keadaan kritikal hari ini selepas seekor jerung membaham kakinya di Pantai Falcon, selatan bandar raya ini dengan saksi-saksi menceritakan bagaimana ‘keadaan kelam kabut’ apabila papan luncurnya terpatah dua.

Gambar fail yang diambil pada 17 Januari 2015, menunjukkan peluncur dilihat masih berada dalam kawasan air walaupun tanda-tanda amaran jerung disiarkan di pantai di bandar New South Wales utara Newcastle. Seorang peluncur semalam diserang jerung dalam serangan di barat Australia sehingga memutuskan kaki kanannya hingga di atas paras lutut. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 17 Januari 2015, menunjukkan peluncur dilihat masih berada dalam kawasan air walaupun tanda-tanda amaran jerung disiarkan di pantai di bandar New South Wales utara Newcastle. Seorang peluncur semalam diserang jerung dalam serangan di barat Australia sehingga memutuskan kaki kanannya hingga di atas paras lutut. – AFP

Serangan berlaku di pantai Falcon Beach, pinggir bandar selatan Perth lewat semalam tidak lama selepas Surf Life Saving WA, sebuah pertubuhan sukarela bukan ber-asaskan keuntungan, dalam Tweeter menyatakan bahawa jerung itu yang dipercayai jenis great white, telah dilihat di kawasan itu.

Akhbar West Australia melaporkan bahawa Ben Gerring, 29 tahun, bersama-sama sekumpulan peluncur lain apabila dia diserang oleh Jerung itu yang menurutnya telah memutuskan kaki kanannya hingga di atas paras lutut.

Rakan-rakan peluncur telah menyeret lelaki yang teruk berlumuran darah itu ke pesisir dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

“Saya berpaling dan melihat ke belakang dan saya sebenarnya melihat libasan sekelilingnya dan saya terdengar dia berteriak meminta tolong,”rakannya, Sheldon Spencer memberitahu surat khabar.

“Kakinya telah hilang,salah seorang rakan mula terus melakukan CPR. Kami melakukan segala-galanya yang kami mampu.”

Dia telah dipindahkan ke Hospital Royal Perth dengan helikopter yang mana dia dikatakan dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan.

Presiden Kelab Mandurah Boardriders ,Brian Williams berkata dia baru berdayung agak jauh keluar ke lautan untuk mengharungi ombak lebih besar apabila tercetusnya keadaan kelam kabut.

Jabatan perikanan Barat Australia berkata perangkap Jerung telah dipasang hari ini untuk cuba menangkap ikan itu, dengan memberi amaran ‘ancaman serius ke atas keselamatan orang ramai wujud.

“Memandangkan jenis kecederaan dan lokasi kejadian, berkemungkinan jerung putih yang saiznya tiga meter atau lebih , bertanggung jawab di atas kejadian itu,” menurutnya. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA