Kakitangan AITI lawat SMARTER

Kakitangan AITI lawat SMARTER

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Kakitangan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) baru-baru ini melawat Pusat SMARTER di Kampung Mata-Mata untuk beramah mesra dengan 54 penghuni pusat berkenaan.

Lawatan itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) AITI untuk menyokong masyarakat negara ini.

Rombongan itu diketuai oleh Penolong Ketua Eksekutif Perkhidmatan Korporat AITI, Pengiran Haji Baharudin bin Pengiran Haji Jaludin.

Antara lain objektif lawatan itu ialah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan AITI mengenai kanak-kanak autisme.

Sempena kunjungan itu rombongan kakitangan AITI turut diberikan taklimat mengenai pelbagai aktiviti dan kemudahan yang terdapat di pusat berkenaan.

Kakitangan AITI diberi taklimat mengenai teknik pembelajaran yang dijalankan di Pusat SMARTER.
Kakitangan AITI diberi taklimat mengenai teknik pembelajaran yang dijalankan di Pusat SMARTER.

p10-4_20150519

Kanak-kanak autisme kemudian diagihkan dengan hadiah barangan dan disusuli dengan sesi bergambar ramai dengan kanak-kanak terbabit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SMARTER Brunei, sila layari laman sesawang www.smarterbrunei.org

ARTIKEL YANG SAMA