Kakitangan awam polis Australia ditembak mati

Kakitangan awam polis Australia ditembak mati

SYDNEY, 2 Okt (AFP) – Seorang pekerja awam polis hari ini terbunuh dalam dua kejadian tembak menembak di luar ibu pejabat penguatkuasaan undang-undang di Sydney, tetapi serangan itu tidak nampak ada kaitan dengan keganasan, pihak berkuasa Australia berkata, hari ini.

Pekerja yang tidak dikenal pasti telah meninggalkan bangunan di Parramatta, Sydney, sekitar 4:30 (0630 GMT), ketika ditembak sekali oleh seorang lelaki bersenjata dari jarak dekat, kata Pesuruhjaya Polis Andrew Scipione.

Lelaki bersenjata – yang telah ditahan – kekal berada di tempat kejadian dan kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah seorang pegawai yang menjaga ibu pejabat sebelum dibunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis lain.

“Seorang pekerja pasukan polis NSW (New South Wales) telah dibunuh dengan kejam di sini hari ini,” Scipione memberitahu pemberita berhampiran tempat kejadian.

“Ini adalah masa yang sangat sukar bagi kami dan berdasarkan beberapa rakaman, saya boleh memberitahu anda bahawa ini amat kejam… jenayah yang dahsyat.”

Scipione berkata pekerja itu “sengaja disasarkan” oleh lelaki bersenjata itu – yang memakai seluar dan baju panjang dan kelihatan beroperasi seorang diri – walaupun dia tidak memberi butiran lanjut.

Beliau berkata terdapat juga kemungkinan lelaki bersenjata itu masih berada di jalan raya selepas menembak pekerja kerana mahu “membunuh diri” dengan serangan polis.

Kejadian itu berlaku ketika warga Australia mula menandakan hujung minggu yang panjang dengan beribu-ribu dijangka memenuhi tempat awam apabila pasukan dari Liga Ragbi Kebangsaan dan Liga Bola Sepak Australia beraksi untuk perlawanan terakhir musim ini.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa kita tidak boleh membiarkan kejadian seperti ini mengganggu apa yang kita lakukan sebagai sebuah negara,” kata Scipione, tetapi menambah polis sedang menilai sama ada keselamatan perlu diperketatkan di beberapa tempat di Sydney pada hujung minggu.

Pesuruhjaya itu berkata walaupun tidak ada hubungan dengan keganasan, penyiasat pembunuhan dibantu oleh unit memerangi keganasan “bersikap terbuka” mengenai mengapa serangan itu berlaku.

ARTIKEL YANG SAMA