Kakitangan bank curi hampir AS$600 juta

Kakitangan bank curi hampir AS$600 juta

BEIJING, 25 Jan – Dua pekerja baru di salah sebuah bank terbesar China telah didapati mencuri instrumen kewangan bernilai 3.9 bilion yuan (AS$593 juta) dalam satu percubaan gagal untuk menjana kekayaan daripada pasaran saham, akui bank tersebut.

Dua pekerja berkenaan yang bekerja bagi cawangan Agricultural Bank of China, Beijing, meletakkan bil pertukaran – nota janji yang dikeluarkan sebagai sebahagian perniagaan biasa – yang disimpan dalam peti besi, telah menggantikannya dengan akhbar, dan menjual barangan curi itu, menurut majalah Caxin hari ini yang memetik orang dalam sebagai berkata.

Kedua-duanya, disifatkan sebagai pekerja baru dan muda, melabur rekod berkenaan dalam pasaran saham China yang melambung ketika itu dalam harapan untuk menghasilkan keuntungan besar dan menggantikan dana yang hilang itu sebelum pencurinya dapat dikesan, kata Caixin.

Namun skim itu menjadi tidak keruan apabila bursa China merosot pada pertengahan 2015.

Kerugian berpotensi itu boleh setinggi 3.9 bilion yuan, Agricultural Bank of China, peminjam ketiga terbesar negara itu, mengatakan lewat Jumaat dalam kenyataan kepada bursa saham Hong Kong tempat ia disenaraikan.

Polis sedang menyiasat dan bank itu memberikan kerjasama, tambahnya, dalam satu usaha untuk ‘melindungi keselamatan dana kepada takat yang lebih besar’.

Kerugian besar itu mencetuskan kes itu perlu dilaporkan kepada Majlis Perbandaran, kabinet China, lapor Caixin. – AFP