Kakitangan Brudesh sertai program hidup sihat

Kakitangan Brudesh sertai program hidup sihat

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Syarikat Brudesh Engineering & Management Sdn Bhd buat pertama kalinya telah menganjurkan Program Amalan Cara Hidup Sihat (HLP) yang diadakan di kawasan Pantai Tungku Gadong, di sini, baru-baru ini.

Sepanjang program itu para peserta yang terdiri daripada kalangan kakitangan syarikat berkenaan telah dilatih beberapa amalan menjalankan cara hidup sihat termasuk bersenam dan sebagainya.

Turut menyertai program tersebut ialah Pengarah Urusan syarikat, Hajah Sapurahbee binti Haji Ibrahim.

Program HLP diadakan antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan syarikat dan juga menanamkan sikap sentiasa bekerjasama secara berpasukan sesama mereka.

Kakitangan Syarikat Brudesh Engineering & Management Sdn Bhd yang menyertai Program HLP di Pantai Tungku, Gadong.
Kakitangan Syarikat Brudesh Engineering & Management Sdn Bhd yang menyertai Program HLP di Pantai Tungku, Gadong.

Semasa program itu, taklimat Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) juga disampaikan oleh Penasihat/Penyelaras HSE Brudesh, Awang Aziz bin Haji Sapar sejurus sebelum pelancarannya yang telah disempurnakan oleh Pengarah Brudesh Malai ‘Izzat Faris bin Malai Haji Abdul Hamid, yang kemudiannya diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah-hadiah kepada mereka yang terlibat.

ARTIKEL YANG SAMA