Kakitangan Jabatan Pertanian NZ lawat ladang pisang Kg Kapok

Kakitangan Jabatan Pertanian NZ lawat ladang pisang Kg Kapok

Oleh Hamidah Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Kampung Kapok baru-baru ini menerima pelawat yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bersama dua orang penyelidik pertanian dari New Zealand (NZ).

Para pelawat telah disambut oleh Ketua Kampung, Haji Marali bin Ahmad bersama ahli Majlis Perundingan Kampung Kapok.

Para pelawat kemudian dibawa untuk melawat ladang pisang Kampung Kapok di sebelah Lebuhraya Meragang. Lawatan itu menjadi platform perkongsian pengalaman dan pengetahuan kedua-dua pihak dalam bidang pertanian.

Para penyelidik bukan hanya memberikan nasihat untuk meningkatkan lagi hasil ladang, tetapi juga untuk penjenamaan dan mengekalkan kualiti produk bagi memastikan pulangan yang lebih mapan.

Dua orang penyelidik dari New Zealand dibawa melawat ladang pisang Kampung Kapok.
Dua orang penyelidik dari New Zealand dibawa melawat ladang pisang Kampung Kapok.

Kampung Kapok melancarkan penanaman pisang April lepas dan akan menuai hasil pertama ‘Pisang Sabah’ menjelang akhir tahun ini.

Tujuan utama kampung ini menanam spesies pisang berkenaan adalah untuk mengurangkan kos membuat ‘Kerepek Pisang’ yang menjadi projek ekonomi kampung berkenaan di bawah program ‘Satu Kampung Satu Produk’.

ARTIKEL YANG SAMA