Kakitangan KBSentral hadiri taklimat cegah kebakaran

Kakitangan KBSentral hadiri taklimat cegah kebakaran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 2 Nov – Lebih 30 orang kakitangan Kompleks Membeli-Belah KBSentral telah menghadiri Taklimat dan Latihan Pencegahan Kebakaran yang diadakan di pusat membeli-belah berkenaan, di sini, hari ini.

Taklimat yang dianjurkan oleh Kompleks Membeli-Belah KBSentral dengan kerjasama Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi B itu telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Perhubungan Awam Cawangan Operasi B, Pegawai Balai Dayang Azlina binti Haji Adnan, yang menjelaskan mengenai visi, misi serta fungsi dan tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Turut hadir bagi mengetuai program taklimat dan latihan tersebut ialah Pemangku Timbalan Pemerintah Cawangan Operasi B, Penolong Penguasa Wan Julaini bin Wan Ibrahim, yang turut menerangkan mengenai alat pemadam api dengan betul dan perkara-perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan demi mencegah kebakaran.

Salah seorang peserta berpeluang mencuba sendiri cara menggunakan alat pemadam api dengan dibantu oleh pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Salah seorang peserta berpeluang mencuba sendiri cara menggunakan alat pemadam api dengan dibantu oleh pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Antara yang menghadiri Taklimat dan Latihan Pencegahan Kebakaran yang dianjurkan oleh Kompleks Membeli Belah KBSentral.
Antara yang menghadiri Taklimat dan Latihan Pencegahan Kebakaran yang dianjurkan oleh Kompleks Membeli Belah KBSentral.

Para peserta program itu juga berpeluang menyaksikan demonstrasi pemadaman api yang diadakan di kawasan luar bangunan, selain diberikan peluang mencuba sendiri cara memegang alat pemadam api dengan betul kemudian menyemburkannya ke arah api yang marak dengan dibantu oleh pegawai jabatan berkenaan.

Taklimat dan latihan tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk menambah pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang pencegahan kebakaran serta cara yang betul mengatasinya, bagi mengelakkan kekeliruan, kerana ia boleh membawa kepada keadaan huru-hara.

ARTIKEL YANG SAMA