Kakitangan KBSentral tamat kursus marsyal

Kakitangan KBSentral tamat kursus marsyal

Oleh Anwar Rosly

Gambar Oleh KBSentral

 

KUALA BELAIT, 26 Jan – Seramai 26 kakitangan KBSentral, hari ini, menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan kursus Marsyal Bomba yang diadakan di Pejabat Cawangan Operasi B, Kuala Belait.

Kursus tiga hari tersebut dikendalikan di bawah seliaan pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat berserta Pegawai Perhubungan Awam Operasi Cawangan ‘B’ SO Azlina binti Haji Adnan yang turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta, hari ini.

Kakitangan yang terlibat dalam kursus itu merangkumi kakitangan dari pengurusan KBSentral sendiri serta pekerja-pekerja kedai di bawah pusat membeli-belah tersebut.

Gambar ramai kakitangan KBSentral dan anggota bomba dan penyelamat selepas tamat kursus.
Gambar ramai kakitangan KBSentral dan anggota bomba dan penyelamat selepas tamat kursus.
Salah seorang kakitangan diajar cara memadam kebakaran.
Salah seorang kakitangan diajar cara memadam kebakaran.

Sepanjang kursus itu, para peserta mempelajari mengenai fungsi asas jabatan tersebut dan mengetahui bagaimana menggunakan beberapa peralatan pemadam api, cara penggunaan yang betul serta mempelajari bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada bangunan berasap dan penggunaan pam air.

Salah sorang peserta, Dayang Norazizah binti Awang Damit berkata, latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pegawai-pegawai pelatih yang terbabit telah membuka mata beliau akan kepentingan mengetahui asas-asas keselamatan terutama sekali dalam situasi kebakaran dalam bangunan.

ARTIKEL YANG SAMA