Kakitangan Wira Group ikuti taklimat dan demonstrasi cegah kebakaran

Kakitangan Wira Group ikuti taklimat dan demonstrasi cegah kebakaran

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Wira Group Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama, Berakas telah mengadakan taklimat Asas Tatacara Memadam Api bagi pekerjanya, baru-baru ini.

Taklimat di Restoran De’Layar Seafood & Catering, Kampung Gadong kepada kira-kira 40 pekerja Wira Group itu disampaikan oleh Pegawai Balai Awangku Mohd Ali Rahman bin Pengiran Salleh dan dibantu oleh ABWKS Hartini binti Haji Ismail dari Unit Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Turut hadir pada taklimat itu ialah Pengarah Urusan dan pemilik Wira Group Sdn Bhd, Mejar (B) Haji Mohd Salleh bin Haji Hidup dan Pengurus Wira Group, Hajah Noor Monasalienna @ Suzie binti Haji Mohd Salleh.

Mejar (B) Haji Mohd Salleh (dua kanan) bergambar ramai bersama dua pegawai balai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kakitangannya.
Mejar (B) Haji Mohd Salleh (dua kanan) bergambar ramai bersama dua pegawai balai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kakitangannya.

Selain mendengar taklimat, peserta juga ditunjukkan cara-cara memadamkan api dengan betul menggunakan alat pemadam api sebagai tindakan awal untuk mencegah kebakaran daripada merebak sebelum anggota Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian.

Taklimat ini juga diadakan bagi melengkapkan para pekerja syarikat dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi segala kemungkinan jika berlaku kebakaran.

Sijil penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama, Berakas disampaikan oleh Mejar (B) Haji Mohd Salleh.

ARTIKEL YANG SAMA