Kali pertama Woods bebas bogey sejak 2013

Kali pertama Woods bebas bogey sejak 2013

WHITE SULPHUR SPRINGS, AS, 6 Julai (AFP) – Tiger Woods mencatatkan pusingan pertamanya tanpa bogey sejak 2013 semalam untuk selesai dengan tiga bawah par 67 pada pusingan akhir The Greenbrier Classic.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mencatatkan 55 dengan bogey atau lebih teruk – yang merujuk kepada pusingannya tanpa bogey terakhir di The Barclays pada Ogos 2013.

“Ini adalah yang terbaik saya catatkan dalam masa yang panjang,” kata Woods, yang jatuh kepada kedudukan 220 dunia. “Saya mengawal sepenuhnya kayu pemukul saya.

“Saya memukulnya dengan hebat. Saya memiliki pukulan kanan dan kiri. Saya memiliki semuanya hari ini,” tambah Woods yang akan membuat tee seterusnya dalam Terbuka British di St. Andrews.

Woods mencatatkan tiga birdie dan 15 pars Ahad lalu untuk menamatkan pertandingan dengan tujuh bawah 273. Beliau yang akan memasuki pusingan akhir tujuh pukulan di belakang pendahulu, berkata jika putting yang dicatatnya lebih baik dia akan berada dalam persaingan merebut gelaran.

Tiger Woods menunggu untuk membuat pukulan pada lubang kelapan pusingan akhir The Greenbrier Classic semalam. – AFP
Tiger Woods menunggu untuk membuat pukulan pada lubang kelapan pusingan akhir The Greenbrier Classic semalam. – AFP

“Jika saya menghasilkan beberapa putt minggu ini ia sudah pasti berbeza,” katanya. Woods berkata titik tolak dalam permainannya bukanlah minggu ini tetapi di The Memorial bulan lalu di mana dia selesai dengan pusingan 85 dan 74 pada hujung minggu selepas membuat pukulan 70-73 pada dua pusingan pertama.

Woods menyusulinya dengan kehilangan cutt di Terbuka AS dengan pusingan 80 dan 76, tetapi juara utama 14 kali itu berkata cara dia beraksi minggu ini membuktikan dia menghasilkan kemajuan dengan perubahan pukulan yang cuba dilaksanakannya.

“Saya membuat langkah besar di The Memorial. Walaupun saya mencatatkan beberapa paten. Saya hanya perlu menghalusinya. Minggu ini saya melakukannya,” kata Woods.

ARTIKEL YANG SAMA