Kamera bergaya baru Garmin rekod kemalangan

Kamera bergaya baru Garmin rekod kemalangan

BERLIN, 16 Sept (dpa) – Syarikat Navigasi satelit, Garmin telah memperkenalkan kamera baru yang bergaya khas buat para pemandu dan penunggang basikal.

Dipasang pada perisai angin kenderaan, Dash Cam 35 boleh merekodkan maklumat tentang kemalangan dalam kualiti penuh HD, bersama dengan maklumat lokasi dan bunyi bising dalaman.

Ia juga boleh memberi amaran kepada para pemandu dengan bunyi bising dan kelipan daripada paparan tiga incinya jika pemandu terlalu dekat dengan kereta lain.

Bagi basikal pula, Varia ditampilkan, yang boleh menggunakan paparannya sendiri atau dipasang bersama komputer basikal Edge Garmin.

Ia membolehkan penunggang basikal mengetahui bila sebuah kereta muncul dari belakang semakin mendekat.

Sudah tentu, sebuah kereta yang dipandu dekat itu akan mencetuskan cahaya belakang berkelip lebih terang untuk menjadikan basikal itu lebih dapat dilihat.

Dash Cam 35 bernilai 200 euro (224 dolar), begitu juga dengan versi Varia yang mengandungi sistem amaran cahaya belakang sahaja. Jika pakej bersama cahaya belakang dan paparan bar hendal ia bernilai 300 euro.