Kamera siri G...

Kamera siri Galaxy A (2017) dipertingkat

SEBELUM CES 2017, Samsung Isnin lalu telah melancarkan siri telefon pintar Galaxy A (2017) iaitu Galaxy A3 (2017), Galaxy A5 (2017 dan Galaxy A7 (2017).

Syarikat elektronik pengguna Korea Selatan itu menyatakan bahawa siri Samsung Galaxy A (2017) berkenaan menonjolkan kamera yang ‘dipertingkat’ berbanding model-model sebelumnya, dioptimumkan bagi keadaan cahaya rendah.

Samsung juga berkata bahawa telefon-telefon pintar berkenaan mengetengahkan kamera UX diringkaskan yang memudahkan pengguna mengambil selfie, menukar mod atau menggunakan penapis dan kesan gambar. Selain itu, Samsung juga menekankan mengenai Food Mode.

Siri Galaxy A (2017) ini juga didatangkan dengan pensijilan IP68 bagi kalis debu dan air, di samping rangka metal dan panel belakang kaca 3D berdasarkan ‘warisan reka bentuk premium Samsung’.

Ketiga-tiga peranti akan terdapat dalam varian warna Black Sky, Gold Sand, Blue Mist dan Peach Cloud.

Juga baru pada siri 2017 ini berbanding siri Galaxy A sebelumnya termasuk sokongan sehingga 256GB mikroSD bagi storan tambahan, pengimbas cap jari pada punat utama, sokongan pengecasan pantas dan port USB Type-C, di samping paparan sentiasa terpasang.

Ciri-ciri lainnya termasuk sokongan bagi Samsung Pay (dengan kesesuaian NFC dan MST), Samsung Cloud dan Secure Folder).

Ketiga-tiga peranti menggunakan Android 6.0.1 Marsh-mallow, didatangkan dengan pilihan dua SIM, menyokong 4G (LTE Cat.6) dan menampilkan paparan Super AMOLED.

Sensor-sensor termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, barometer, magnetometer dan sensor kedekatan.

Pilihan sambungannya termasuk 4G LTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth v4.2, NFC dan USB Type-C.

Bagi spesifikasinya, Samsung Galaxy A3 (2017) menonjolkan paparan Super AMOLED HD (720×1280 piksel) 4.7 inci dan dikuasakan SoC lapan teras berkelajuan 1.6GHz dengan
RAM 2GB serta storan dalaman 16GB.

Optiknya termasuk kamera belakang 13MP dengan denyaran LED dan apertur f/1.9 di samping kamera depan 8MP dengan apertur f/1.9.

Model ini mempunyai ukuran 135.4×66.2×7.9mm dan disokong dengan bateri 2350mAh.

Samsung Galaxy A5 (2017) pula menonjolkan paparan Super AMOLED HD-penuh (1080×1920 piksel) 5.2 inci dan dikuasakan SoC lapan teras 1.9GHz yang dipadankan dengan RAM 3GB serta storan dalaman 32GB.

Ia didatangkan dengan kamera belakang 16MP dengan denyaran LED dan apertur f/1.9 di samping kamera depan 16MP dengan apertur f/1.9.

Di samping itu, ia mempunyai ukuran 146.1×71.4×7.9mm, disokong bateri 3000mAh dan pilihan sambungan 4G LTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth v4.2, NFC dan USB Type-C.

Akhir sekali, Samsung Galaxy A7 (2017) pula menampilkan paparan Super AMOLED HD penuh (1080×1920 piksel) 5.7 inci dan dikuasakan dengan SoC lapan teras 1.9GHz yang dipadankan dengan RAM 3GB serta storan dalaman 32GB.

Untuk mengambil gambar, model ini dilengkapi kamera belakang 16MP dengan denyaran LED dan apertur f/1.9 di sam-ping kamera depan 16MP dengan apertur f/1.9.

Galaxy A (2017) mempunyai ukuran 156.8×77.6×7.9mm dan disokong dengan bateri 3600mAh.