Kami bukan pasukan pilihan – Ranieri

Kami bukan pasukan pilihan – Ranieri

MONACO, 25 Mei – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City akan kekal menjadi pasukan bukan pilihan pada musim depan, kata pengendalinya, Claudio Ranieri.

“Kami boleh berjuang tetapi kami masih ‘underdog’,” kata pengendali dari Itali itu yang berada di sini untuk perlawanan amal Grand Prix Monaco di mana dia mengendali pasukan All Stars XI menentang pasukan Formula Satu.

“Kisah epik itu berlaku sekali dan kami memenanginya. Sudah tentu kami mahu mempertahankan gelaran, tetapi bagi kami amat penting untuk terus berada dalam EPL.

“Rancangan kami tidak berubah. Baiklah, kami menang. Kami mahu mempertahankan kejuaraan. Kami sedar ia sukar tetapi kami tidak peduli.”

Pengendali itu bagaimanapun mengelak soalan berkenaan kepulangan seteru lama, Jose Mourinho, pengendali yang pernah menggantikannya di Chelsea – bakal menyertai Manchester United bagi menggantikan Louis van Gaal.

Ranieri yang turut serta dalam lawatan ke Myanmar. – AP
Ranieri yang turut serta dalam lawatan ke Myanmar. – AP

“Saya tidak mahu bercakap mengenainya. Musim depan akan menjadi satu lagi musim hebat kerana (Pep) Guardiola juga tiba (di Manchester City), (Antonio) Conte (di Chelsea) dan Jose.

“Ia akan menjadi musim yang cukup mencabar tetapi menarik,” katanya. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA