Kami hampir tewas – Klopp

Kami hampir tewas – Klopp

LONDON, 15 Ogos – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menjelaskan sambutan gol yang terlalu bersemangat hampir menyebabkan pasukannya terlepas kemenangan di Arsenal.

Pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi, Liverpool berjaya menewaskan Arsenal 4-3 dalam aksi yang penuh mendebarkan.

Selepas Arsenal mendahului hasil jaringan Theo Walcott di Stadium Emirates, Philippe Coutinho meledak dua gol sementara Adam Lallana dan Sadio Mane masing-masing menyumbang satu jaringan untuk pelawat bangkit mendahului 4-1.

Klopp meraikan gol Mane dengan membenarkan penyerang Senegal itu melompat ke atas belakangnya, tetapi dia terpaksa berdepan detik cemas di penghujung perlawanan selepas gol daripada Alex Oxlade-Chamberlain dan Calum Chambers seakan memberikan harapan buat Arsenal.

Jurgen Klopp memberikan arahan dari luar padang. – AP
Jurgen Klopp memberikan arahan dari luar padang. – AP

“Saya terpaksa memainkan peranan yang hebat dalam keseronokan setengah jam terakhir, kerana ia sebenarnya tidak boleh meraikan gol keempat seperti ini dengan perlawanan masih berbaki 35 minit,” kata Klopp.

“Pada saat itu, kami mematikan mesin (permainan). Permainan belum berakhir. Arsenal tewas, tetapi kami memberikan mereka jalan untuk kembali dalam permainan.

“Sepanjang 90 minit, sengit, satu kemenangan yang berhak untuk kami. Ia sentiasa sukar untuk menang di London berdepan Arsenal.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA