Kami hanya akan menerima calon anti-kemerdekaan

Kami hanya akan menerima calon anti-kemerdekaan

BEIJING, 18 Jun (Reuters) – China hari ini berkata ia akan hanya menyambut baik calon anti kemerdekaan pada pilihan presiden Taiwan dalam bulan Januari nanti, dalam memberi ulasan pertamanya tentang kemungkinan calon bagi parti memerintah pro-China pulau itu ialah Parti Nasionalis.

Taiwan adalah salah satu yang paling sensitif dari kesemua isu-isu dasar bagi Parti Komunis di Beijing, yang mendakwa pulau itu sebagai miliknya dan menganggapnya sebagai wilayah pembelot, yang akan dibawa kepada kawalannya secara paksa jika perlu.

Pengundian di Taiwan yang diperintah sendiri itu terbentuk ketika pertandingan antara dua wanita, timbalan speaker parlimen Hung Hsiu-chu dari Parti Nasionalis dan calon parti pembangkang pro kebebasan, Parti Progresif Demokrasi iaitu Tsai Ing-wen.

Semalam, Hung melangkah lebih dekat lagi untuk meraih pencalonan Parti Nasionalis selepas para pegawai tertinggi parti itu meluluskan bidaannya.

Dalam kenyataan ringkas yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Xinhua, Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Ma Xiaoguang berkata dia ‘memerhati’ berita tentang Hung, tetapi menambah kata “Kami tidak terlibat atau mengulas tentang pilihan raya Taiwan.”

“Kami menyambut baik mana-mana parti Taiwan atau orang, selagi mereka membantah kemerdekaan Taiwan, mengiktiraf Kesepakatan 1992 dan meningkatkan pemajuan aman hubungan seberang selat,” tambah Mah lagi.

“Kesepakatan 1992” merujuk kepada dasar ‘satu China’ yang dihargai Beijing yang memasukkan Taiwan sebagai sebahagian China.

Hung menyokong lebih banyak dasar pro-China dan secara terbuka berkata dia ingin menandatangani perjanjian damai dengan China.

ARTIKEL YANG SAMA