Kami perlu be...

Kami perlu berani – Kapten St Etienne

SAINT-ÉTIENNE, 16 Feb – Kapten Saint-Etienne, Loic Perrin menegaskan bahawa pasukannya tidak ada yang perlu dikesali apabila mereka berdepan dengan Manchester United di Old Trafford dalam Liga Europa.

Dan pemain pertahanan tengah itu mengakui bahawa dia lebih rela tidak berhadapan dengan United terlalu awal, dalam peringkat 32 pasukan terakhir. Namun keseluruhan kelab teruja untuk berdepan dengan antara kuasa bola sepak Eropah.

“Kami gembira jika bertemu mereka kemudian, itu pasti petanda baik bagi kami, bermakna kami sekurang-kurangnya melepasi satu peringkat lagi,” kata Perrin.

Kelihatan para pemain Saint-Etienne menjalani sesi latihan di Old Trafford. – AP
Kelihatan para pemain Saint-Etienne menjalani sesi latihan di Old Trafford. – AP

“Pada mulanya kami menganggap ia bukan undian yang bagus. Tetapi kami bermain di Eropah untuk terlibat dalam perlawanan seperti ini.

“Mereka merupakan sebuah kelab teratas Eropah, yang belum lama dulu telah memenangi Liga Juara-Juara.”

Perrin hanya mahu pasukannya melakukan yang terbaik. – AFP