Kami sudah lengkap – Pellegrini

Kami sudah lengkap – Pellegrini

LONDON, 1 Jan (Reuters) – Manuel Pellegrini daripada Manchester City mungkin menjadi salah seorang pengurus Liga Perdana paling kurang aktif dalam musim pemindahan Januari selepas mengisytiharkan skuadnya “sudah lengkap” semalam.

Kelab milik Abu Dhabi itu merupakan pembelanja terbesar bola sepak Inggeris pada musim panas, banyak berbelanja ke atas penyerang Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne dan pemain pertahanan Nicolas Otamendi.

“Benar-benar saya fikir skuad ini adalah lengkap,” beritahu Pellegrini kepada wartawan sebelum kunjungan City ke Watford semalam.

“Seperti yang saya katakan kami tidak akan menutup pemindahan tetapi kami tidak memikirkan mengenai mana-mana pemain khas untuk dibawa masuk,” tambah pengurus Chile itu.

City, tiga mata di belakang pemimpin Arsenal dan Leicester City pada pertengahan peringkat musim, tidak mempunyai kapten yang cedera Vincent Kompany selama sekurang-kurangnya sebulan sementara Samir Nasri juga tidak ada dalam senarai kehadiran.

Pellegrini yakin skuadnya sudah lengkap dan tidak perlu menggunakan jendela perpindahan pemain yang mula dibuka. – Reuters
Pellegrini yakin skuadnya sudah lengkap dan tidak perlu menggunakan jendela perpindahan pemain yang mula dibuka. – Reuters

Kompany telah terlepas lebih separuh daripada perlawanan liga pada musim ini, bermain dalam sembilan daripada 19 perlawanan, dan keluar dalam masa 10 minit selepas bermain sebagai pemain simpanan pada separuh masa kedua menentang Sunderland pada Sabtu lalu.

Pellegrini berkata Watford, tempat kesembilan dalam liga dan tujuh mata di belakang City, sedang melakukan tugas yang hebat dan pasukannya berada dalam kedudukan baik.

“Kedudukan terbaik adalah menduduki senarai teratas tetapi saya fikir ia adalah musim khas dalam Liga Perdana,” katanya.

“Kami ketinggalan tiga mata di belakang pemimpin dan saya berharap kami akan bertanding dengan cemerlang pada separuh masa kedua musim.”

ARTIKEL YANG SAMA