Kami tak gentar MU – Klopp

Kami tak gentar MU – Klopp

MANCHESTER, 17 Mac (AFP) – Jurgen Klopp menegaskan dia dan anak buahnya langsung tidak gentar dan sebaliknya mahu memanfaatkan kelebihan dua gol yang dimiliki untuk menyingkirkan Manchester United sekali gus layak ke suku akhir Liga Europa.

Barisan Louis van Gaal terdesak untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol pada aksi kedua apabila kedua-dua pasukan bertemu di Old Trafford, awal pagi esok.

Van Gaal menikmati detik indah di Old Trafford hujung minggu lalu apabila jaringan penyamaan Anthony Martial ketika menentang West Ham United membolehkan mereka terus bersaing dalam Piala FA, namun aksi buruk menentang Liverpool bakal merosakkan minggu pengendali Belanda itu.

“Satu cabaran yang besar namun kami perlu percaya kemampuan kita. Saya hnya berbicara mengenai kemenangan bersama pemain saya. Namun Klopp mengingatkan anak buahnya supaya ‘lebih berani dan agresif’ pada aksi timbal balik kedua ini selepas mereka tewas dua kali kepada lawan sama pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Klopp ketika mengadakan sesi latihan untuk pasukannya di Old Trafford, Manchester. United akan bertemu Liverpool bagi pusingan kedua 16 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara esok – Reuters
Klopp ketika mengadakan sesi latihan untuk pasukannya di Old Trafford, Manchester. United akan bertemu Liverpool bagi pusingan kedua 16 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara esok – Reuters

“Ini bola sepak dan bola itu bulat. Apa saja boleh berlaku. Tetapi saya tidak takut mengenai perlawanan ini. “Kami memiliki peluang dan sudah melakukan yang terbaik pada aksi terdahulu dan ada kelebihan untuk perlawanan ini.

“Namun ia masih tidak sempurna kerana kami tidak mendahului dengan enam gol. Jadi tiada aksi yang mudah esok (awal pagi nanti),” kata pengendali Jerman itu.

Klopp yang masih memburu trofi pertamanya di England selepas terlepas trofi Piala Liga apabila tewas di tangan Manchester City, turut bersedia berdepan kebangkitan United.

“Ia pasti aksi yang sukar namun tidak menjadi masalah buat kami. Kami mahu memanfaatkan peluang dan cuba melakukan yang terbaik.

“Sejak saya tiba di sini, aksi ini adalah kali ketiga saya menentang United dan kami sentiasa memberi tentangan kepada mereka. “United masih ada 100 peratus peluang untuk layak ke suku akhir tetapi kami tahu apa yang perlu kami lakukan pada aksi itu nanti,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA