Kami tak takut dengan Lewandowski

Kami tak takut dengan Lewandowski

GLASGOW, 7 Okt (AFP) – Pembantu pengurus Mark McGhee berkata Scotland tidak takut dengan penyerang Robert Lewandowksi ketika mereka bersedia untuk menentang Poland dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 esok.

Scotland perlu menghindarkan kekalahan jika mahu selesai di tangga ketiga bagi menempah tempat ke playoff Kumpulan D.

Pasukan Scotland, yang belum layak bagi perlawanan utama sejak 1998, masih berdepan penyingkiran walaupun jika berjaya menewaskan Poland, itu pun jika Republik Ireland menewaskan Jerman di Dublin tetapi tidak menewaskan Poland di Warsaw Ahad ini.

Poland, yang berada dua mata di belakang pendahulu Jerman di tangga kedua, akan menempah tempat dengan kemenangan menentang Scotland dan akan mengharapkan Lewandowski untuk mendapatkan jaringan bagi membawa mereka ke Perancis.

Penyerang Bayern Munich itu adalah pemain terbaik Eropah dengan 12 gol dalam empat perlawanan lalunya bersama sebagai Jerman. Bagaimanapun, McGhee menegaskan Scotland tidak melihatnya bagi layanan khas dalam pertembungan di Hampden itu. “Kami menghormatinya. Dia seorang pemain yang luar biasa,” katanya. “Kami merasakan kami perlu mengatasi mereka dalam semua kedudukan.

“Lewandowski adalah pemain yang mereka harapkan untuk mendapatkan jaringan jadi kami perlu memberikannya perhatian.

“Tetapi kami mempunyai pemain terbaik yang akan menjaringkan gol pada hujung minggu.’

McGhee menunjukkan fakta bahawa penyerang Scotland, Leigh Griffiths, Steven Fletcher, Chris Martin dan Jordan Rhodes semuanya menjaringkan gol bagi kelab masing–masing pada hujung minggu lalu sebagai alasan untuk menjadi positif.

ARTIKEL YANG SAMA