Kampung Danau peka kebersihan kampung

Kampung Danau peka kebersihan kampung

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG – Majlis Perundingan Kampung Danau dan Takmir Masjid Kampung Danau baru-baru ini telah mengadakan acara Walkaton Kebersihan.

Acara dimulakan dengan senam memanaskan badan dan seterusnya mengadakan acara walkaton sambil mengadakan acara kempen kebersihan bermula di kawasan Lapang Masjid Kampung Danau menuju ke Dewan Kemasyarakatan Danau dan seterusnya kembali ke Masjid Kampung Danau.

Kira-kira seramai 120 orang hadir terdiri daripada penduduk Kampung Danau, ahli-ahli Pengawas Kejiranan Kampung Danau, murid-murid Sekolah Rendah Danau dan belia-belia Kampung Danau menyertai acara Walkaton kebersihan.

Turut hadir di acara tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Haji Mohd Tahir, Ketua Imam Masjid Kampung Danau, Pengiran Hassan bin Pengiran Haji Ismail dan guru besar Sekolah Rendah Danau, Hajah Kostinah binti Haji Garif.

Semasa acara walkaton kebersihan dijalankan.
Semasa acara walkaton kebersihan dijalankan.

Adapun tujuan acara walkaton kebersihan diadakan ini adalah untuk menjadikan kawasan dan persekitaran kampung dalam keadaan bersih, hidup sehat dalam kalangan penduduk kampung serta sebagai usaha memupuk hidup harmoni dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk dan masyarakat Kampung Danau.

Melalui program ini, ianya diharap akan dapat melahirkan generasi yang mengamalkan sikap kebersihan dan hidup sehat sambil mengharapkan penyertaan lebih positif daripada penduduk kampung dalam apa jua yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA