Kampung Masin korban 9 ekor kerbau

Kampung Masin korban 9 ekor kerbau

OIeh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Dalam sama-sama membesarkan Hari Raya Aidiladha demi mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala, Masjid Kampung Masin telah mengadakan Majlis Pengagihan Daging-daging Korban, yang berlangsung di masjid berkenaan, hari ini.

Pada tahun ini, sebanyak sembilan ekor kerbau dikorbankan daripada 40 peserta yang diagihkan kepada seramai 15 orang fakir miskin di kawasan kampung berkenaan.

Pengagihan daging-daging korban berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Idarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd Aliyani bin Haji Ismail.

Beberapa orang penduduk kampung semasa menyembelih binatang korban berkenaan.
Beberapa orang penduduk kampung semasa menyembelih binatang korban berkenaan.

Imam Masjid Kampung Masin, Haji Mohd Zainul Hasramin bin Haji Mohd Hassan dalam ucapannya antara lain menyentuh mengenai fadilat melakukan ibadah korban, selain untuk membersihkan diri dari dosa-dosa lalu dan sebagai amalan yang akan dibawa di alam barzakh kelak. Beliau juga menyeru umat Islam khususnya untuk sentiasa muhasabah diri dan ingat sejauh mana pengorbanan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala, di samping cuba mempertingkatkan azam pada setiap tahun.

Majlis tersebut diungkayahkan oleh ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, para Muslimah, belia, ahli-ahli majlis perundingan mukim serta penduduk Kampung Masin.

ARTIKEL YANG SAMA