Kampus Agroteknologi IBTE anjur kempen bersih kubur

Kampus Agroteknologi IBTE anjur kempen bersih kubur

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Sempena menyambut kedatangan bulan suci Ramadan, Kampus Agroteknologi IBTE telah menganjurkan kempen membersihkan perkuburan orang-orang Islam di Kampung Wasan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang diterima, kempen itu juga adalah sempena memperingati ulang tahun ke-10 kampus berkenaan sejak ianya ditubuhkan pada 2006.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dalam kalangan para pelajar dan pegawai serta kakitangan kampus berkenaan.

Kempen diakhiri dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Antara yang terlibat dalam kempen bersih kubur di Kampung Wasan.
Antara yang terlibat dalam kempen bersih kubur di Kampung Wasan.

ARTIKEL YANG SAMA