‘Kampus’ Google lahirkan usahawan berjaya

‘Kampus’ Google lahirkan usahawan berjaya

SAB FRANCISCO, 3 Julai (AFP) – Google sedang membina “kampus” di seluruh dunia yang akan bertindak sebagai pusat untuk menghasilkan bakal usahawan yang berjaya dan berwibawa.

Sebuah kampus yang dibuka bulan lepas di Madrid adalah yang keempat kemudahan seumpamanya disediakan oleh Google bagi Pasukan Usahawan di gergasi Internet yang berpangkalan di California tersebut.

Kampus yang pertama dibuka di London pada 2012, diikuti sebuah di Tel Aviv dan kemudian yang ketiga di Seoul.

“Kami bermula sebagai pemula dalam garaj 17 tahun lepas dan amat mempercayai dalam usaha memberikan semangat dan kuasa kepada pemula generasi akan datang,” pengarah Google for Entrepreneurs, Mary Grove memberitahu AFP. “Matlamatnya adalah untuk menggalakkan keusahawanan di seluruh dunia.”

Google turut merancang untuk membuka kampus pemula di Warsaw dan Sao Paulo tahun ini.

Kampus-kampus berkenaan menyediakan ruang bagi para pemula untuk bertemu, bekerja dan belajar.

Setiap kampus mempunyai ruang yang besar yang membolehkan kumpulan usahawan memohon untuk menggunakannya secara percuma.

Kampus di London menganjurkan purata empat acara besar setiap hari.

ARTIKEL YANG SAMA