Kampus Pakistan kekal ditutup

Kampus Pakistan kekal ditutup

PESHAWAR, Pakistan, 26 Jan – Universiti Pakistan yang diserang oleh militan Taliban dalam satu serangan teruk pada minggu lalu akan kekal ditutup bagi tempoh masa yang tidak pasti sehingga keselamatan dipertingkatkan, kata kakitangan hari ini, tatkala beberapa guru menuntut kerajaan memberikan mereka senjata.

Empat lelaki bersenjata Taliban Pakistan membunuh 21 orang di Universiti Bacha Khan di Charsadda di barat laut negara pada Rabu selepas memanjat tembok di belakang, bertempur dengan pengawal keselamatan dan seterusnya menembak pada bilik darjah dan hostel.

Kakitangan dan pelajar universiti bertemu semalam, selepas kampus dibuka semula, untuk mengkaji semula keselamatan tatkala sekurang-kurangnya 200 pelajar membantah di luar untuk menuntut kerajaan supaya melindungi mereka.

“Kami memutuskan untuk menutup universiti untuk seketika supaya kami boleh membaiki bangunan yang rosak dan mempertingkat seterusnya situasi keselamatan,” beritahu Fazal Rahim Marwat, profesor di universiti, kepada Reuters.

Beliau berkata beberapa guru telah meminta senjata berlesen untuk mempertahankan diri, satu cadangan yang ditolak oleh anggota guru lain dan telah mencetuskan semula perdebatan untuk membekalkan senjata kepada kakitangan sekolah.

Institusi pendidikan telah menjadi sasaran militan yang melancarkan perang ke atas negara Pakistan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA