Kampus Perdagangan sumbangkan derma

Kampus Perdagangan sumbangkan derma

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Kampus Perdagangan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) hari ini menyumbangkan derma sebanyak $414 kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim dalam satu majlis penyerahan sumbangan di bilik persidangan kampus tersebut di Gadong.

Sumbangan tersebut hasil kutipan daripada usaha pelajar-pelajar kampus tersebut semasa aktiviti perniagaan di bawah Program ‘Bedagang 2016’ yang diadakan baru-baru ini sebagai sebahagian daripada modul pembelajaran mereka.

Hadir mewakili IBTE bagi menyampaikan sumbangan ialah Pengetua Pusat IBTE, Dr. Sheikh Lukman bin Sheikh Abdul Hamid dan wakil menerima sumbangan ialah Pegawai Yayasan, Awang Samsudin bin Haji Puasa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Kampus Perdagangan, Pengiran Hajah Norashikkin binti Pengiran Dr. Haji Amir Mohd Yussof.

Dr. Sheikh Lukman (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Awang Samsudin.
Dr. Sheikh Lukman (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Awang Samsudin.

ARTIKEL YANG SAMA