Kamus Oxford kemas kini 1,000 perkataan baru

Kamus Oxford kemas kini 1,000 perkataan baru

LONDON, 13 Sept – Kamus Inggeris Oxford (OED) menambah lebih 1,000 kemasukan baru yang telah dikaji semula dan dikemas kini, termasuklah 1,200 kiasan baru, edisi bulan September bagi tinjauan orang ramai.

Squee, kata seru yang melahirkan kegembiraan atau keseronokan, ditambah ke senarai yang dikemas kini, dan antara lainnya YOLO, moobs, yogalates dan Westminster bubble.

YOLO adalah akronim bagi “anda hanya hidup sekali”, manakala moobs merujuk kepada buah dada lelaki. Manakala yogalates adalah yoga yang digabungkan dengan Plates.

Westminster bubble menunjukkan masyarakat kepulauan ahli politik Britain dan kakitangan awam yang tidak berhubung dengan pengalaman dan kebimbangan awam yang lebih meluas. – Xinhua