Kanada hentikan penglibatan serangan udara

Kanada hentikan penglibatan serangan udara

OTTAWA, 8 Feb – Perdana Menteri Justin Trudeau kini dalam proses untuk mendedahkan rancangan-rancangan terbaru bagi peranan Kanada dalam pakatan antarabangsa menentang kumpulan IS, termasuk janjinya untuk berhenti terlibat dalam serangan-serangan udara.

Rancangan Ottawa untuk menarik balik pesawat-pesawat perangnya daripada pakatan yang diterajui AS yang menyasarkan pejuang-pejuang IS di Syria adalah satu tamparan simbolik terhadap kesatuan bersekutu dalam perjuangan itu.

Trudeau, Menteri Hal Ehwal Luar Stephane Dion dan Menteri Pertahanan Harjit Sajjan akan berbincang di sidang media.

“Kami teringin untuk mengumumkan pendekatan holistik, dan ini termasuk kesemua sumbangan kami dari segi ketenteraan, dari segi diplomasi dan dari segi bantuan kemanusiaan dan pembangunan,” ujar Menteri Pembangunan Antarabangsa Marie-Claude Bibeau.

Sejak menyandang jawatan, Trudeau sering mengingatkan negara-negara pakatan yang diterajui AS bahawa dia mahu menarik keluar enam pesawat F18 Kanada. – AFP

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau akan mendedahkan rancangan terbaru bagi menentang kumpulan IS. – Reuters
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau akan mendedahkan rancangan terbaru bagi menentang kumpulan IS. – Reuters