Kanada kekalkan impian Piala Dunia

Kanada kekalkan impian Piala Dunia

VANCOUVER, 22 Jun (AFP) – Jaringan separuh masa kedua, Josee Belanger membantu Kanada menundukkan Switzerland 1-0, dalam saingan Piala Dunia Wanita di sini, semalam sekali gus membawa pasukan tuan rumah itu mara ke suku akhir.

Pemain berusia 29 tahun itu meledak pada minit ke-52 untuk menceriakan seramai 53,855 penyokong pasukan negara berkenaan yang memenuhi Stadium Vancouver’s BC Place.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu yang menduduki tangga ketiga pada tahun 2002 dan ranking kelapan dunia ketika ini, bakal menentang pemenang antara bekas juara, Norway atau England di Vancouver pada Sabtu ini untuk merebut tempat ke separuh akhir.

“Belanger hebat pada babak kedua, dia memberikan kelebihan kepada Kanada. Saya bangga dengan apa yang kami telah capai. Kami perlu memastikan kami dapat momentuk dan perlu bergerak,” kata jurulatih John Herdman.

Switzerland, yang bersaing dalam Piala Dunia pertama dan berada pada kedudukan ke-19, melepasi peringkat kumpulan sebagai salah satu pasukan terbaik yang selesai di tempat ketiga.

Pemain Kanada, Christine Sinclair (12) dan Allysha Chapman (15) melihat Erin McLeod (1) menyelamatkan rembatan Vanessa Bernauer (22) dari Switzerland dalam pusingan 16 terakhir Piala Dunia Wanita di Vancouver semalam. – AFP
Pemain Kanada, Christine Sinclair (12) dan Allysha Chapman (15) melihat Erin McLeod (1) menyelamatkan rembatan Vanessa Bernauer (22) dari Switzerland dalam pusingan 16 terakhir Piala Dunia Wanita di Vancouver semalam. – AFP

Dalam perlawanan yang seimbang di Vancouver, pemain Switzerland Ramona Bachmann hampir menemui sasaran tetapi percubaannya berjaya ditolak keluar oleh penjaga gol.

Peluang terbaik Kanada muncul apabila hantaran silang Belanger terkena tiang dan melantun sekali gus peluang penjaga gol Gaelle Thalmann untuk menyelamatkan keadaan.

Belanger akhirnya memecah kebuntuan hasil hantaran selang kapten Christine Sinclair, dengan pemain Switzerland Ana Maria Crnogorcevic hampir mendapat gol penyamaan 10 minit kemudian.