Kanada lantik duta pertama ke ASEAN

Kanada lantik duta pertama ke ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Kerajaan Kanada baru-baru ini mengumumkan pelantikan Marie-Louise Hannan (gambar bawah) sebagai duta baru Kanada ke Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Pelantikan itu adalah penting yang mana ia adalah kali pertama Kanada mempunyai duta yang berdedikasi ke ASEAN. Ia menandakan perkembangan misi tetap Kanada ke ASEAN, di Jakarta, dan menunjukkan komitmen Kanada yang kukuh untuk mempertingkatkan hubungan dengan ASEAN. Kanada baru-baru ini telah menambah kehadiran diplomatiknya di negara ASEAN. Kanada membuka misi diplomatik tetap pertamanya di Yangon, Burma, pada 2013, dan pada Ogos 2015 membuka dua pejabat baru di Phnom Penh, Kemboja dan Vientiane, Laos, sekaligus memastikan untuk pertama kalinya kehadiran diplomatik Kanada tetap di kesemua 10 negara anggota ASEAN.

Kanada terus berkongsi dengan ASEAN mengenai inisiatif konkrit dalam bidang utama, termasuk pengu
rusan risiko bencana, hak asasi manusia, memerangi ancaman keselamatan bukan tradisional, perkongsian infrastruktur awam-swasta dan sokongan untuk perusahaan saiz kecil dan sederhana.

p11-1_20160120