Kanada sambut lebih 10,000 pelarian Syria

Kanada sambut lebih 10,000 pelarian Syria

OTTAWA, 14 Jan (AFP) – Kanada menyambut kehadiran lebih 10,000 pelarian Syria walaupun hampir dua minggu lewat daripada jadual dan jumlah itu masih kurang berbanding rancangan asal, kata kerajaan pada Rabu.

Pesawat membawa pencari suaka politik itu mendarat di Toronto lewat Selasa menjadikan angka kehadiran pelarian 10,121 sejak November tahun lalu apabila Perdana Menteri, Justin Trudeau dari Parti Liberal mula memegang jawatan.

Dalam satu kenyataan, Menteri Imigresen, John McCallum menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘peristiwa penting’ bagi menunaikan janji Parti Liberal yang bersedia mengambil 25,000 pelarian Syria.

“Ramai orang bekerja siang dan malam bagi membawa pelarian ini ke Kanada dan rakyat negara ini membuka komuniti mereka dan jiwa mereka bagi menyambut kehadiran pelarian ini,” katanya. Trudeau berkata: “Kanada terus menjadi contoh di peringkat antarabangsa sebagai maklum balas daripada krisis pelarian yang teruk ketika ini.

“Beliau berjanji ketika pilihan raya tahun lalu untuk menerima 25,000 rakyat Syria menjelang 31 Disember.

Justin Trudeau (kiri) mengadakan perbincangan dengan Premier Nova Scotia Stephen McNeil (kanan) semasa mesyuarat di pejabat Trudeau di Bukit Parlimen di Ottawa, Kanada. – Reuters
Justin Trudeau (kiri) mengadakan perbincangan dengan Premier Nova Scotia Stephen McNeil (kanan) semasa mesyuarat di pejabat Trudeau di Bukit Parlimen di Ottawa, Kanada. – Reuters