Kanada sambut pelarian Syria

Kanada sambut pelarian Syria

TORONTO, 11 Dis (Reuters) – Selepas janji selama berbulan-bulan dan persiapan selama berminggu-minggu, pesawat udara pertama kerajaan Kanada yang membawa orang pelarian Syria dan mendarat di Toronto semalam, dengan pesawat tentera disambut oleh Perdana Menteri Justin Trudeau.

Trudeau dilantik dengan majoriti mengejut pada Oktober lalu dengan janji akan menerima lebih ramai orang pelarian lebih cepat dari yang kerajaan Konservatif sebelumnya.

“Ini adalah malam yang indah, kita bukan saja telah dapat menunjukkan kapal terbang yang membawa orang Kanada baru tentang Kanada, tetapi untuk menunjukkan kepada dunia bagaimana membuka hati kita dan menerima orang yang melarikan diri dari situasi yang luar biasa sukarnya,” Trudeau memberitahu para pekerja lapangan terbang dan sukarela yang berdiri menyambut orang pelarian.

Kerajaan Liberal Trudeau telah mengurangkan bilangan penghijrah Syria ia akan menerima menjelang akhir tahun ini, selepas serangan di Paris telah mencetuskan kebimbangan bahawa janji pilihan raya untuk membawa masuk 25,000 orang sebelum 31 Disember, tidak akan mencukupkan masa bagi pemeriksaan keselamatan.

Pesawat udara membawa 163 orang pelarian Syria mendarat di Toronto sejurus sebelum tengah malam semalam dan akan diikuti dengan pengangkutan udara tentera kedua ke Montreal esok.

Pelarian Syria yang dialu-alukan oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau (kiri) ketika ketibaan mereka dari Beirut di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson di Mississauga, Ontario, Kanada pada 11 Disember. – Reuters
Pelarian Syria yang dialu-alukan oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau (kiri) ketika ketibaan mereka dari Beirut di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson di Mississauga, Ontario, Kanada pada 11 Disember. – Reuters

Trudeau berkata 10,000 akan ditempatkan semula menjelang akhir tahun ini dan 15,000 orang lagi pada akhir Februari depan.

Ketika Trudeau menyambut pesawat udara tentera di tengah kawalan ketat keselamatan di terminal khas, orang pelarian yang ditaja secara persendirian tiba dengan penerbangan komersial di terminal utama Toronto, disambut oleh para penaja dan rakyat biasa Kanada yang telah datang ke lapangan terbang untuk menyambut pendatang baru yang begitu dijangkakan.

“Mereka sangat letih, tetapi gembira dan berasa ada harapan,” kata Soriya Dasir, seorang pekerja dengan festival Abraham, sebuah kumpulan yang menaja seorang ibu tunggal dan tiga anaknya yang telah tinggal di khemah di Jordan selama dua tahun, ketika dia mengiringi mereka melepasi media yang sedang menanti.

Pihak berkuasa lapangan terbang Toronto menggesa rakyat Kanada supaya tidak datang ke lapangan terbang untuk menyambut orang pelarian atau memberi derma, dengan berkata, “Kami amat bangga dengan masyarakat kami ingin membantu, tetapi respons seumpama itu akan mengejutkan mereka yang tiba.”

Permintaan itu tidak menghalang Shai Reef, 20 tahun yang membawa papan tanda dengan perkataan ‘Selamat datang ke Kanada,’ dalam bahasa Arab.

“Saya berada di sini untuk menunjukkan perpaduan bagi dan menyokong orang-orang Syria yang menjalani genosid di Syria,” kata Reef.