Kanada sedia bekerjasama dengan Trump

Kanada sedia bekerjasama dengan Trump

AS baru dilantik, Donald Trump dan terus menggandakan hubungan normalisasi mereka antara Havana dan Washington.

Pada sidang akhbar sebelum mengakhiri lawatan dua hari beliau ke Cuba, Trudeau berkata Washington dan Ottawa mempunyai hubungan yang baik dan dia akan bekerja keras dengan Trump dan mengekalkannya walaupun mendapat komen-komen negatif di Kanada.

“Saya akan bekerja keras dengan beliau mengenai isu-isu yang penting kepada penduduk Kanada. Kita tahu kita akan mempunyai perkara yang tidak dipersetujui dan kami akan terus bekerjasama melalui titik perbezaan pendapat itu dengan kekuatan yang sama,” kata Trudeau.

Pemimpin Kanada berkata Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai banyak isu untuk diusahakan samaada di dalam kerjasama dua hala dan di arena antarabangsa.

Semasa kempen pilihan raya beliau, Trump berkata Amerika Syarikat akan keluar daripada atau berunding semula pada Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Mexico.

Justin Trudeau berucap semasa sidang akhbar di Havana, kelmarin. – AFP
Justin Trudeau berucap semasa sidang akhbar di Havana, kelmarin. – AFP

Trudeau berkata beliau “tidak akan membuat spekulasi” pada ucapan kempen Trump dan akan menunggu untuk “tindakan konkrit” daripada Presiden AS itu akan datang.

Beliau juga berkata Kanada akan terus melabur dan bekerjasama dengan Cuba, yang merupakan pasaran terpenting buat Kanada di rantau Caribbean, dengan perdagangan dua hala berjumlah lebih daripada AS$1 bilion setiap tahun.

Selepas melawat Cuba, Trudeau akan mebuat lawatan ke Argentina, kemudian Peru bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2016 yang akan diadakan pada 19-20 November. – Xinhua