Kanak-kanak belajar buat pastri

Kanak-kanak belajar buat pastri

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Cinnabon Brunei, sebuah francais Amerika Syarikat yang popular dengan pastri Cinnamon mereka dan makanan lainnya buat kali pertama mengadakan kelas membuat Cinabon untuk kanak-kanak.

Kelas berupa aktiviti selama hampir dua jam itu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menghasilkan Cinnabon Choco Roll di bawah tunjuk ajar ahli kakitangan Cinnabon.

Mereka diberikan doh dan sapuan coklat antara bahan-bahan dalam membuat dan mereka rol buatan sendiri.

Selain demonstrasi pembuatan rol itu, mereka juga dikongsikan dengan sejarah dan keterangan mengenai kuih Cinnabon.

Kelas kedua Bake-a-Bon akan diadakan nanti di Pusat Membeli-belah KBSentral pada 29 Mei ini jam 2 petang. Setiap kelas dikenakan bayaran $12.90 sahaja. Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi 3342206 atau 7189334.

Kanak-kanak ketika belajar cara-cara membuat Cinabon Choco Roll di bawah panduan warga Cinnabon dan ibu bapa mereka.
Kanak-kanak ketika belajar cara-cara membuat Cinabon Choco Roll di bawah panduan warga Cinnabon dan ibu bapa mereka.

ARTIKEL YANG SAMA