Kanak-kanak dari tahanan Australia, dibebaskan

Kanak-kanak dari tahanan Australia, dibebaskan

SYDNEY, 3 April (AFP) – Kanak-kanak pencari suaka terakhir di tahanan tanah besar Australia telah dibebaskan, menurut kerajaan hari ini, meskipun berbelas-belas orang lagi masih ditahan di Nauru, pulau terpencil Pasifik.

Di bawah dasar keras imigresen Canberra, para pencari suaka yang cuba sampai ke Australia dengan menaiki bot diarah berpatah balik atau dihantar ke kem Pasifik di Nauru dan Papua New Guinea tempat mereka ditahan bagi tempoh tidak pasti sementara permohonan pelarian mereka diproses.

Mereka disekat dari menetap di Australia meskipun didapati mereka itu adalah orang pelarian.

Canberra menerima tekanan daripada kumpulan hak asasi supaya membebaskan kanak-kanak dari pusat itu dengan para doktor dan pemberi maklumat mengatakan penahanan para pencari suaka telah mengakibatkan sebilangan mereka berdepan dengan masalah kesihatan mental.

“Kami berjaya, sejak perubahan kerajaan pada September 2013 bukan saja menahan bot-bot tetapi kami juga berjaya bahawa kini tidak ada kanak-kanak yang tiba secara haram dengan menaiki bot secara haram, dalam tahanan lagi,” Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull memberitahu Sky News. “Ia adalah sentiasa matlamat menteri imigresen untuk mengeluarkan kanak-kanak dari tahanan.”

Pengumuman bererti kanak-kanak yang telah berpindah ke tahanan masyarakat, yang mana pencari suaka menantikan permohonan pelarian mereka diproses, tinggal dalam masyarakat.

ARTIKEL YANG SAMA