Kanak-kanak dipelawa sertai program Raya! Raya! Raya!

Kanak-kanak dipelawa sertai program Raya! Raya! Raya!

Oleh Faridah Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Unit Kanak-kanak, Radio Televisyen Brunei (RTB) akan menganjurkan satu program sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 bertajuk ‘Raya! Raya! Raya!’.

Sehubungan itu, RTB mempelawa kanak-kanak berusia antara 9-11 tahun yang ingin tampil dalam rancangan berupa kuiz itu untuk mengisi borang-borang yang boleh didapati di Kaunter RTB Sungai Akar.

Peserta bagi kuiz itu nanti hendaklah diwakili tiga orang sama ada lelaki atau perempuan atau gabungan, berperwatakan ceria, fasih dalam Bahasa Melayu dan mempunyai penampilan menarik serta meminati lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri sama ada lagu lama atau baru.

Borang hendaklah dihantar ke RTB sebelum atau pada 28 Mac 2016.

ARTIKEL YANG SAMA