Kanak-kanak mati lemas

Kanak-kanak mati lemas

DARO, Sarawak, 20 Julai – Seorang kanak-kanak yang gagal timbul selepas menyelam ketika mandi bersama empat rakannya di Sungai Bawang, Matu dekat sini petang semalam ditemui mati lemas.

Kegagalan mangsa Mohamad Asmawi Kadir, 10, untuk timbul menyebabkan rakannya memaklumkan kepada penduduk kampung yang kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Daro, DSP Wagner Lisa berkata, operasi mencari dan menyelamat membabitkan polis, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat– Bernama