Kanak-kanak miskin di China diberi perhatian

Kanak-kanak miskin di China diberi perhatian

BEIJING, 17 Okt – Dalam tempoh beberapa tahun lalu China telah mengambil langkah untuk memastikan hak kanak-kanak dalam keselamatan sosial, pendidikan dan perkhidmatan awam lain dilindungi dengan berkesan dalam usaha bantuan kemiskinannya, menurut Kertas Putih yang dikeluarkan hari ini.

China telah memperkenalkan sistem perkhidmatan dan kebajikan yang sesuai dan menyeluruh untuk kanak-kanak dan melaksanakan kerja uji kaji bagi menggalakkan perlindungan sosial ke atas mereka yang di bawah umur menurut dokumen mengenai kemajuan pengurangan kemiskinan China yang didedahkan oleh Pejabat Maklumat Majlis Negara.

Negara itu juga menggalakkan penubuhan sistem bagi menyelamatkan dan melindungi mereka yang di bawah umur dan rangkaian perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di peringkat daerah, perbandaran dan kampung, menurut dokumen itu.

Sejak 2011, lebih separuh daerah-daerah China telah melaksanakan program memperbaiki pemakanan bagi pelajar-pelajar luar bandar yang menerima pendidikan wajib, dengan kerajaan pusat membelanjakan 67 bilion yuan yang memberi faedah kepada 33.6 juta pelajar luar bandar.

Bermula 2012, kerajaan telah melaksanakan program memperbaiki pemakanan bagi kanak-kanak di kawasan miskin, menyediakan pakej pemakanan percuma kepada anak-anak damit berusia enam hingga 24 bulan dan mempopularkan pengetahuan dikalangan para penjaga tentang pemberian makanan sihat.

Menurut Kertas Putih itu dalam tahun 2015 sahaja, kerajaan pusat telah memperuntukkan subsidi 500 juta yuan kepada program ini, yang memberi manfaat kepada 2.11 juta kanak-kanak di 341 buah negeri. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA