Kanak-kanak Nepal berdepan risiko penyakit, kematian

Kanak-kanak Nepal berdepan risiko penyakit, kematian

KATHMANDU, Nepal, 1 Dis (Agensi) – Kumpulan hak asasi kanak-kanak (CWIN) memberi amaran bahawa kekurangan minyak, ubat-ubatan dan bekalan lain di Nepal akibat sekatan sempadan dengan India menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak berdepan risiko penyakit dan malah kematian.

Sumnima Tuladhar dari CWIN Nepal yang berpangkalan di Kathmandu berkata hari ini bahawa bekalan ubat-ubatan kini semakin berkurangan dan sebahagian ibu bapa tidak berupaya membawa anak-anak mereka ke hospital bagi menerima rawatan kerana kekurangan minyak.

Tuladhar berkata keadaan kini menjadi semakin susah untuk malah mendapatkan ubat-ubatan asas bagi kanak-kanak di kawasan pedalaman dan risiko daripada penyakit kronik mencatatkan peningkatan.

Anggota-anggota komuniti etnik Madhesi yang membantah perlembagaan baru Nepal menyekat pusat sempadan utama dengan India di selatan, bertujuan mencegah kemasukan minyak dan barangan keperluan lain daripada memasuki negara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA