Kanak-kanak pelarian didapati bekerja kilang

Kanak-kanak pelarian didapati bekerja kilang

LONDON, 2 Feb – Peruncit jenama pakaian ternama Next dan H&M mendapati kanak-kanak pelarian Syria diambil kerja di kilang-kilang Turki yang membekal mereka, menurut kaji selidik oleh kebajikan Britain yang dikeluarkan kelmarin.

Laporan yang dibuat oleh Pusat Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, pemerhati tanggungjawab korporat, berkata kedua-dua syarikat telah bertindak untuk menangani masalah itu selepas mendapati kanak-kanak Syria bekerja di tiga pembekal mereka.

Namun pihak kebajikan memberikan amaran kepada jenama besar lainnya, menyatakan hanya 10 dari 28 syarikat memberikan maklum balas sepenuhnya terhadap kaji selidik itu dan lima gagal untuk membuatnya.

Kebajikan itu menambah anggaran 250,000 ke 400,000 pelarian Syria sekarang bekerja secara haram di Turki, daripada kira-kira 2.2 juta yang telah melarikan diri hampir lima tahun perang saudara di negara mereka.

Ia menambah bahawa langkah kerajaan Turki bulan lepas untuk mengeluarkan permit kerja untuk para pelarian Syria akan mengurangkan kelemahan mereka walaupun ia memberi amaran “kebanyakan pekerja pelarian akan tetap menyalahi undang-undang.” – AFP