Kanak-kanak penghijrah boleh dapat status pelarian di Mexico

Kanak-kanak penghijrah boleh dapat status pelarian di Mexico

BOGOTA, 31 Mac (Reuters) – Beribu-ribu kanak-kanak penghijrah yang lari dari keganasan kumpulan jenayah di Amerika Tengah mungkin layak bagi status orang pelarian di Mexico, tetapi hanya sebahagian kecil sebenarnya mencari perlindungan sah itu, Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) berkata hari ini.

Kerajaan Mexico gagal mengenal pasti dan membantu kanak-kanak itu yang melarikan diri dari Guatemala, El Salvador dan Honduras, yang mempunyai kadar tertinggi pembunuhan di dunia, kerana bimbangkan keselamatan nyawa mereka dan mungkin layak mendapat status pelarian, menurut HRW dalam satu laporan.

Tahun lalu, pihak berkuasa Mexico menahan lebih 35,000 orang kanak-kanak, menurut HRW. Kebanyakannya dari Guatemala, El Salvador dan Honduras dan lebih separuh dari mereka itu membuat perjalanan bersendirian, menurutnya lagi.