Kanak-kanak YASKA berbuka puasa di WYWY

Kanak-kanak YASKA berbuka puasa di WYWY

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Lebih 70 kanak-kanak dari Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA), hari ini, diraikan di Majlis Berbuka Puasa di Restoran WYWY Bengkurong sebagai sebahagian daripada Projek Jalinan Kasih 1436/2015, Radio Televisyen Brunei (RTB).

Hadir di majlis itu ialah Ketua Rancangan Radio, Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mahmud selaku Pengerusi Projek Jalinan Kasih 1436/2015 serta wakil peribadi Pengurus Restoran WYWY, Jong Cze Cze dan wakil daripada YASKA, Awang Khairul Erwan Shah bin Haji Aziz.

Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa, pegawai dan kakitangan perkhidmatan dan kejuruteraan radio.

Sebelum berbuka puasa, majlis menyaksikan penyampaian sumbangan daripada Restoran WYWY Bengkurong, yang kini memasuki tahun ke-4 terlibat menjayakan projek berkenaan, serta daripada para dermawan dan kumpulan sukarelawan BES Nurkasih 76.

Program Jalinan Kasih yang telah memasuki siri ke-7 itu telah dirasmikan oleh Pengarah RTB, Haji Muhd Suffian bin Haji Bongsu, baru-baru ini.

Warga Projek Jalinan Kasih bersama sebahagian daripada kanak-kanak YASKA.
Warga Projek Jalinan Kasih bersama sebahagian daripada kanak-kanak YASKA.

ARTIKEL YANG SAMA