Kane bantu Tottenham menang selesa

Kane bantu Tottenham menang selesa

LONDON, 23 Nov (AFP) – Penyerang England, Harry Kane meledak dua gol bagi membantu kemenangan besar Tottenham 4-1 ke atas pesaing dari London, West Ham di White Hart Lane, semalam.

Meskipun kedudukan Spurs kekal di tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris, kelab dari utara London itu terus konsisten dalam memburu tempat ke Liga Juara-Juara Eropah dan menyamai rekod kelab dengan 12 aksi tanpa kalah.

Kane meledak pada minit ke-23 sebelum Toby Alderweireld menambah gol kedua pada minit ke-33 untuk menjadikan kedudukan separuh masa pertama 2-0.

Pemain Tottenham, Harry Kane meraikan jaringannya pada perlawanan menentang West Ham di Stadium White Hart lane di London pada 22 November 2015. – Agensi
Pemain Tottenham, Harry Kane meraikan jaringannya pada perlawanan menentang West Ham di Stadium White Hart lane di London pada 22 November 2015. – Agensi

Penguasaan Spurs nyata berterusan pada babak kedua apabila Kane sekali lagi menyumbat gol pada minit ke-50 dan pemain pertahanan, Kyle Walk menjadikan kedudukan 4-0 menerusi golnya pada minit ke-80.

Gol sagu hati West Ham Manuel Lanzini hanya tiba lewat pada minit ke-87.

“Ia adalah satu daripada aksi terbaik kami musim ini, kami amat bangga dengan pemain dan mereka beraksi amat baik,” kata pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino.